Konsul Malaysia dan Bupati Bengkalis Bahas Pencegahan Karhutla di PT Adei

Riau | Jumat, 21 Oktober 2022 - 17:53 WIB

Konsul Malaysia dan Bupati Bengkalis Bahas Pencegahan Karhutla di PT Adei
Konsul Malaysia dan Bupati Bengkalis foto bersama terkait komitmen pencegahan karhutla di perkebunan PT Adei di Mandau. (DEFIZAL/DOK.RIAUPOS.CO)

PEKANBARU (RIAUPOS.CO) -- Konsulat Malaysia Pekanbaru melaksanakan program Kembara Pencegahan Karhutla 2022 sebagai salah satu usaha dan inisiatif negara Malaysia berkaitan pencegahan terhadap isu-isu rentas sempadan yang meliputi isu kebakaran hutan atau jerebu (asap).

"Kembara Pencegahan Karhutla ini merupakan usaha kerajaan Malaysia dalam melibatkan semua syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Riau untuk bersama-sama komited dalam pencegahan karhutla," ungkap Konsul Malaysia, Wan Nurshima.


Lanjutnya, antara yang menjadi fokus Konsulat Malaysia Pekanbaru adalah kesediaan pelan pencegahan kebakaran dan kelengkapan yang sewajarnya telah disediakan oleh semua perusahaan Malaysia.

Konsulat Malaysia juga akan memastikan kerja sama berterusan syarikat-syarikat (perusahaan) dengan pemerintah provinsi dan kabupaten yang berkaitan, serta dengan instansi yang berkenaan.

"Sebagai permulaan program ini, dengan lawatan ke kompleks perkebunan PT Adei Industries and Plantations di Mandau, Kabupaten Bengkalis," sebutnya.

Kunjungan ke perkebunan itu dihadiri oleh Konsul Malaysia, Wan Nurshima, Wakil Konsul Awaluddin dan Atase Imigrasi Malaysia Pekanbaru Muzalifah. Lawatan turut dihadiri Bupati Bengkalis, Kasmarni bersama jajaran Forkopimda. Atase Tenaga Kerja Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Nurul Jiana, turut bersama rombongan.

Lawatan telah dimulai dengan meninjau posko-posko karhutla, kelengkapan peralatan pemadaman karhutla serta simulasi pemadaman kebakaran oleh pasukan pemadam kebakaran PT Adei.

Selanjutnya rombongan bergerak mengunjungi Sekolah Menengah Pertama (SMP) Yayasan Kuala Lumpur Kepong yang ada di perkebunan tersebut. Pada kesempatan tersebut, Konsul Malaysia telah menyampaikan sumbangan peralatan sekolah (alat tulis) bernilai Rp8 juta kepada pelajar sekolah tersebut. Turut diberikan adalah buku-buku/risalah berkenaan Malaysia dan peta Malaysia yang boleh dirujuk oleh pelajar tersebut sewaktu pembelajaran.

Konsulat Malaysia Pekanbaru akan meneruskan kembara pencegahan karhutla ini ke kawasan-kawasan perladangan Malaysia untuk memastikan tidak isu jerebu rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Laporan: Joko Susilo (Pekanbaru)
Editor: Rinaldi

 

 









Tuliskan Komentar anda dari account Facebook